“Saya Mohon Maaf… Keputusan Ini Mendukacitakan” – Alif Satar Positif Covid-19

Dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) pada Jumaat, penyanyi Alif Satar menerima berita mengejutkan apabila dia disahkan positif Covid-19.

Menerusi Instagram, Alif memaklumkan keputusan ujian saringan terbaharu yang dilakukan mendapati dia dijangkiti virus tersebut.

“Assalamualaikum… dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya.

Meskipun masih terkejut dengan berita tersebut, penyanyi lagu I Want You To Love Me ini berkata dia akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi mengesan individu atau kontak rapat yang berhubung dengannya sebelum ini.

Malah, dia turut mendoakan agar orang ramai dilindungi daripada jangkitan virus tersebut.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari… dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT ini.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… Alif sekarang menjalani proses kuarantin,” ujarnya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *