Lelaki Maut Digilis Kereta Api Di Beaufort

Mayat lelaki ditemui di atas landasan di Beaufort dipercayai dirempuh kereta api, semalam.

BEAUFORT: Seorang lelaki maut digilis kereta api di Batu 62 1/2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sabiri Idong, 56, ditemui dalam keadaan kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 5.20 petang oleh pemadnu kereta api berusia 47 tahun.

“Pemandu terbabit memberitahu, dia dimaklumkan Ketua Stesen Keretapi Beaufort bahawa terdapat satu mayat ditemui di landasan dipercayai digilis kereta api.

“Mayat itu ditemui seorang lagi pemandu kereta yang dalam perjalanan dari Stesen Halogilat menuju ke Beaufort untuk mengambil barang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmir berkata, mangsa yang parah di bahagian leher dan dada disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat dibawa ke Hospital Beaufort untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *