COVID-19: Tiga Kes kematian Di Sabah Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Tiga kes kematian dilaporkan di Sabah hari ini disebabkan oleh COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian, di negara ini sebanyak 335 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian setakat jam 12 tengah hari ini, masing-masing satu kes dilaporkan di Hospital Tawau, Hospital Queen Of Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

“Kes kematian itu membabitkan dua lelaki warganegara berumur 68 dan 90 tahun manakala seorang wanita warga asing berusia 80 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *