191 Orang Bayi Di Sabah Dijangkiti Covid-19

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seramai 3,030 orang bayi dan kanak-kanak di bawah 12 tahun di Sabah telah dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, 191 orang adalah bayi di bawah umur setahun dan 1,241 orang kanak-kanak berusia kurang dari lima tahun. Selebihnya 1,598 orang lagi adalah kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Beliau berkata, bilangan kes yang mewakili bayi dan kanak-kanak ini menyumbang kepada 12.15 peratus kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Sabah.

Untuk golongan kanak-kanak ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) turut memberikan sokongan dalam bentuk Psycological First Aid (PFA) melalui Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS).

Katanya, kanak-kanak yang berada di pusat rawatan turut diberikan PFA kit yang mengandungi buku dan alat tulis. Aktiviti PFA untuk kanak-kanak termasuk terapi seni, terapi muzik dan tarian serta aktiviti bercerita. Setakat ini, 977 set PFA kit telah diedarkan.

Disamping itu, PFA turut diberikan kepada penjaga agar mereka dapat memberikan maklumat terus kepada MHPSS jika terdapat masalah kesihatan mental dalam kalangan anak dalam jagaan mereka.

Ini kerana kanak-kanak mungkin menghadapi tekanan termasuk stigma daripada persekitaran kanak-kanak tersebut.

“Oleh itu, penjaga dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan kesihatan mental anak-anak dan terus merujuk kepada MHPSS jika memerlukan intervensi.

“Namun, setakat ini tiada kanak-kanak yang memerlukan intervensi lanjutan yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatri,” jelasnya. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpostIkuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *