Wanita 32 Tahun Tanpa Latar Belakang Penyakit Kronik Antara Korban Akibat Covid-19 Di Sabah Hari Ini

KUALA LUMPUR: Setakat hari ini, terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian Covid-19 dalam negara, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang maut adalah sebanyak 329 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian tersebut melibatkan dua individu yang berusia 30-an dan seorang lagi adalah warga emas dari Sabah.

Mangsa pertama iaitu kes kematian ke-327 melibatkan seorang perempuan wargangera berusia 32 tahun yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth tanpa sebarang latar belakang penyakit.

Mangsa kedua iaitu kes ke-328 melibatkan seorang lelaki warganegara yang dirawat di Hospital Tawau dengan sejarah penyakit darah.

Mangsa terakhir iaitu kes ke-329 merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang dirawat di Hospital Tawau dengan sejarah penyakit jantung.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *