PKPD PTS Tawau, Penjara Sandakan Dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan akan dilanjutkan 14 hari lagi hingga 3 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu diambil susulan Kementerian Kesihatan (KKM) masih merekodkan jumlah kes aktif dan bilangan sampel saringan COVID-19 yang belum mendapat keputusan bagi dua lokaliti terbabit.

“Bagi PTS di Tawau, KKM melaksanakan sebanyak 1,740 saringan dan sehingga semalam, masih terdapat 137 kes aktif direkodkan, manakala 924 sampel saringan lagi masih menunggu keputusan.

“Bagi Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan pula, KKM membuat sebanyak 1,743 saringan dan sehingga semalam, masih terdapat 141 kes aktif direkodkan manakala 203 sampel saringan lagi masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD itu hingga 3 Disember depan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *