Dua Lagi Kampung Dikenakan PKPD Di Kota Belud

Ismail Sabr

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Kampung Tegudon dan Kampung Nahaba, Kota Belud, Sabah selama 14 hari bermula lusa hingga 3 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 572 buah rumah di dua kampung di Kota Belud itu seramai 1,740 penduduk.

“Pelaksanaan PKPD bermula 20 November ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan membuat saringan bersasar terhadap penduduk di kawasan itu.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokasi itu termasuk sekatan pergerakan dan tiada aktiviti ekonomi serta sosial.

“Semuanya tidak dibenarkan. Makanan akan disalurkan ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, kalau isu kecemasan seperti kematian boleh dimaklumkan kepada polis,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut PKPD di Kampung Tegudon dan Kampung Nahaba, Kota Belud, Sabah, Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga semalam, sebanyak 36 kes positif direkodkan di kampung itu.

“Atas nasihat dan penilaian risiko dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD itu,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *