Terkini: ADUN Bugaya, Manis Muka Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Adun Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, meninggal dunia di Hospital Gleneagles hari ini.

Sumber berkata wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

“Beliau dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi,” katanya.

Menurut sumber parti, Allahyarhamah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan malam tadi akibat menderita sakit buah pinggang.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, Manis mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *