Polis Perketat Pergerakan Penduduk Di Penempatan Telipok, Kampung Numbak

Habibi semasa turun padang memantau salah satu SJR di sini.

KOTA KINABALU: Polis memperketatkan pergerakan penduduk di dua kawasan masing-masing di Penempatan Telipok serta Kampung Numbak selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 16 hingga 29 November depan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata tindakan itu bagi memastikan penduduk lebih peka dan patuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kita akan memperketatkan pergerakan penduduk di penempatan dan kampung terbabit dengan melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan SOP digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi sepenuhnya.

“Saya juga menjalankan pemantauan sebagai  rangka kerja bagi memastikan segala segala perancangan penugasan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan sepanjang pelaksanaan PKPB di sini,” katanya.

Habibi berkata berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan pihaknya mendapati kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin ketara jika dibandingkan sebelum ini.

“Kesedaran orang ramai terhadap arahan kerajaan berkenaan PKPB dipatuhi sepenuhnya di daerah ini,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *