COVID-19: Kes Positif Kekal 4 Angka, 1,208 Lagi Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini

Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 15 Nov : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,208 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat ke 47,417 kes dengan 12,323 kes aktif.

Daripada 1,208 kes baharu itu, hanya enam (6) kes import yang direkodkan iaitu India tiga kes, Bangladesh satu kes, Nepal satu kes dan Indonesia satu kes, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 381 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini, manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 661 kes (54.7 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster (89.9 peratus). Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes.

“Sebanyak tujuh (7) kes (0.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, 1,013 kes sembuh dicatatkan hari ini, menjadikan kes pulih turut meningkat ke 34,785 kes bersamaan 73.4 peratus.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: KP Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *