ESSCom Rampas Rokok Seludup Bernilai RM52,500 Di Sandakan

Rokok seludup dirampas di sebuah rumah kosong di Kampung Mangkalinau, Sandakan. Gambar ESSCOM

SANDAKAN, 14 Nov : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merampas 3,500 bungkus rokok seludup bernilai RM52,500 yang disembunyikan di sebuah rumah kosong di Kampung Mangkalinau di sini awal pagi tadi.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata dalam operasi 2.30 pagi itu, sepasukan enam anggota Tiger Platun Batalion ke-15 Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat awam.

“Apabila sampai di lokasi, anggota PGA telah menjumpai tujuh buah kotak besar. 

Antara rokok seludup yang dirampas. – Gambar Esscom

“Pemeriksaan lanjut mendapati kotak besar itu berisi 3,500 bungkus rokok jenama John yang dipercayai diseludup dari negara jiran,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Fuad, semua rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sandakan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967.  

Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti penyeludupan di daerah itu, katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *