Rumah Roboh Akibat Angin Kencang Akan Dibaikpulih Oleh Pasukan P186 Sandakan

Salah seorang pegawai Pasukan P186 Sandakan melihat keadaan rumah yang roboh akibat angin kencang.

SANDAKAN: Pasukan P186 Sandakan telah membuat tinjauan sebuah rumah di Jambatan 18 Kampung Sim-Sim yang roboh akibat angin kencang, kelmarin.  

Pasukan ini yang diketuai oleh Setiausaha Politik P.186 Sandakan, Teo Chee Kim dan Pegawai Khas P186 Sandakan, Tang Szu Ching mendapat maklumat mengenai rumah yang roboh berkenaan dan bergegas ke lokasi kejadian bagi melawat pemilik rumah terbabit.

Pasukan Parlimen Sandakan akan mengatur  bekalan baikpulih dengan segera seperti yang diminta oleh tuan rumah semasa lawatan.

Selain itu, Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Evans Thien, telah menerima aduan mengenai lampu jalan yang hidup sepanjang hari selama 2 bulan dan masalah lubang kumbahan tersumbat di Taman Bunga Matahari.

Pihak Parlimen telah membuat laporan kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan.

Pasukan ini juga turut menerima aduan mengenai tanaman hiasan di tepi jalan yang tinggi dan menghalang penglihatan pemandu khasnya yang memandu kenderaan rendah kerana hiasan telah tumbuh dengan panjang.

Tindakan dan aduan juga telah diambil dan kerja-kerja yang berkenaan juga sedang dijalankan untuk keselamatan pengguna jalanraya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *