Covid-19: Kluster Baharu Babitkan Pekerja Tapak Pembinaan Di Teluk Likas

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan satu lagi kluster baharu hari ini iaitu kluster Teluk yang membabitkan pekerja di tapak pembinaan yang terletak di Teluk Likas.

Sehingga kini sebanyak 30 kes positif membabitkan kluster ini telah dikesan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan memaklumkan, untuk hari ini, sebanyak 319 kes positif dilaporkan di 18 daerah di Sabah.

Daerah Kota Kinabalu masih mencatatkan kes yang tinggi dengan 84 kes positif, diikuti dengan Tawau (48), Kudat (30), Tuaran (29), Semporna (26), Lahad Datu (23), Penampang (19), Sandakan (16), Papar (15) dan Putatan (11).

Sementara Kota Belud mencatatkan lima kes sementara tiga kes masing-masing di Kuala Penyu, Kunak dan Beaufort.

Manakala, satu kes masing-masing di Keningau, Beluran, Telupid dan Kota Marudu.

Hari ini sebanyak satu kes kematian baharu dilaporkan di Tawau dan keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 165 kes.

Sebanyak 543 kes pulih dilaporkan di Sabah hari ini.

Setakat ini, sebanyak 21,767 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 2,900 kes aktif yang sedang menerima rawatan dimana, 714 orang dirawat di hospital dan 2,186 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 69 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, kapasiti katil di hospital dan PKRC seluruh Sabah ketika ini adalah sebanyak 6,551 katil, iaitu 1,010 di hospital dan 5,541 katil di PKRC. Kadar penggunaan katil adalah 44.26 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *