Tony Fernandes Jadi Penghantar Makanan

CEO AirAsia bersedia untuk membuat penghantaran makanan – Foto Instagram Tan Sri Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood.

Dalam laman Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar yang menunjukkannya sedang bersedia untuk melakukan kerja penghantaran makanan menggunakan motosikal lengkap dengan kotak simpanan makanan.

“Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.

airasia food adalah platform dalam talian penghantaran makanan baharu yang menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Syarikat penerbangan, AirAsia kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan berikutan sekatan pergerakan global berikutan penularan COVID-19.

Ia kini menumpukan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *