319 Positif, Satu Lagi Kluster Baharu Covid-19 Di Sabah

KKM berkata, kluster baru Covid-19 di Sabah melibatkan daerah Kota Kinabalu. – Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 319 kes positif baharu, dengan satu kluster baharu, iaitu kluster Teluk yang dilaporkan di daerah ini.

Dengan itu, bilangan kluster di Sabah setakat ini adalah sebanyak 68 kluster Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cluster Teluk itu dikesan ditempat kerja dan setakat ini 30 kes positif telah dilaporkan termasuk 27 kes positif baharu hari ini.

Untuk hari ini, satu kes kematian dilaporkan di Sabah membabitkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tawau.

Dengan itu, kes kematian yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 303 kes, sementara kes kematian di Sabah menjadi 165 kes.

Hari ini, sebanyak 919 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara, dengan 916 kes jangkitan tempatan dan tiga kes import.

Sementara 35 kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bilangan kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 996 kes, dengan bilangan kumulatif kes pulih adalah sebanyak 32,069 kes.

Tambahan kes baharu hari ini menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 43,791 kes. Sebanyak 11,419 kes aktif dengan 92 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 35 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *