Covid-19: 822 Kes Baharu, 2 Kematian Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 822 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 42,872 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,497 kes.

“Untuk makluman, Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, setakat ini terdapat 86 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes iaitu 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 769 kes pulih pula direkodkan hari ini dengan menjadikan keseluruhan kes pulih di negara ini ialah 31,073 kes. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *