Dua Rumah Ranap Akibat Tanah Runtuh Di Kimanis

Keadaan rumah yang ranap akibat kejadian tanah runtuh di Batu 18, Jalan Kimanis

KIMANIS: Dua rumah ranap dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit, Batu 18, Jalan Kimanis, di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, dua rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Keadaan rumah yang ranap akibat kejadian tanah runtuh di Batu 18, Jalan Kimanis

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di kawasan berbukit setinggi 150 meter dan dipercayai terdapat sejumlah rumah dibina di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Johainin Ruslan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.51 pagi.

“Hasil siasatan mendapati runtuhan setinggi 150 meter dan memusnahkan dua rumah yang tidak berpenghuni.

Keadaan rumah yang ranap akibat kejadian tanah runtuh di Batu 18, Jalan Kimanis

“Pasukan bomba bagaimanapun, menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, operasi itu membabitkan seramai sepuluh anggota bomba dan sebuah jentera serta sebuah kenderaan utiliti.

Operasi berkenaan turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Jabatan Kerja Raya Papar. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *