397 Kes Positif Covid-19, Tiga Kluster Baharu Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 397 kes baharu dengan enam kes kematian akibat Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tiga kluster baharu dilaporkan di Sabah iaitu kluster Liawan, Keningau dengan 24 kes positif setakat ini; kluster Tatahan, Kota Kinabalu dengan 19 kes dan kluster GK Tawau dengan 49 kes.

Untuk enam kes kematian, tiga kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, dua kes di Hospital Semporna dan satu kes di Hospital Queen Elizabeth.

Kesemua mangsa termasuk seorang perempuan bukan wargangeara ini berusia antara 47 hingga 84 tahun dan kebanyakan pesakit mempunyai sejarah penyakit kronik.

Dengan itu, kes kematian yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 300 kes, sementara kes kematian di Sabah menjadi 162 kes.

Hari ini, sebanyak 869 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara dan lapan kes baharu dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Secara keseluruhan empat kluster baharu dilaporkan hari ini termasuk tiga kluster di Sabah. Satu lagi adalah kluster Kube, Kelantan dengan sembilan kes baharu.

Bilangan kes pulih yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 725 kes, dengan bilangan kumulatif kes pulih adalah sebanyak 30,304 kes.

Tambahan 869 kes baharu itu menjadikan bilangan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 42,050 kes. Sebanyak 11,446 kes aktif dengan 82 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *