KWSP Dinasihat Benar Lebih Ramai Pencarum Keluarkan Wang Akaun 1 – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatkan supaya membenarkan lebih ramai pencarum mengeluarkan wang masing-masing daripada Akaun 1.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, nasihat itu telah diberikan kepada pihak pengurusan KWSP ketika mengadakan perbincangan pada Ahad.

“Nasihat saya kepada KWSP adalah meluaskan yang dimaksudkan sasaran, bukan hanya (kumpulan) yang saya umumkan pada Jumaat lalu iaitu lebih kurang 600,000 orang.

“Selepas mendengar keluhan rakyat, saya rasa kita harus tingkatkan lagi fleksibiliti supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh keluarkan wang mereka itu,” katanya ketika ditemu bual di TV3 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Zafrul berkata, langkah itu diambil selepas mendengar keluhan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan meminta supaya kerajaan memberi kelonggaran untuk meringankan beban mereka.

Kata beliau, sejajar dengan itu tindakan bersasar telah dilakukan menerusi Belanjawan 2021 iaitu pengeluaran KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan para pencarum mengenai data KWSP iaitu 32 peratus pencarum hanya memiliki baki RM1,000 dalam Akaun 1 manakala 10 peratus anggaran RM5,000.

“Ini isu struktur yang perlu ditangani kerana jaringan keselamatan sosial itu penting,” katanya.- AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *