Ketua Menteri Sabah Turun Padang Sampaikan Bantuan Bakul Makanan Kepada Rakyat

Foto BERNAMA

TUARAN, 8 Nov : Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini turun padang bagi menyampaikan sendiri bantuan bakul makanan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menurut kenyataan, beliau menyerahkan sumbangan itu kepada wakil penduduk kampung dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan DUN Pantai Dalit untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di perkarangan Tembara, di sini.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan jumlah sumbangan yang diagihkan. 

Hajiji merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran.

Sementara itu, dalam kenyataan media hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata setakat hari ini sebanyak 148,394 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di Sabah.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *