Barangan Keperluan Asas Di Sabah Mencukupi Sepanjang Tempoh PKPB

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 8 Nov : Bekalan keperluan asas di Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga Disember ini mencukupi.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata pihaknya akan memantau bekalan barangan berkenaan sepanjang tempoh PKPB.

“Selain itu KPDNHEP Sabah juga memastikan peniaga-peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Georgie berkata sejak PKPB dilaksanakan pada 13 Okt lepas, KPDNHEP Sabah telah mengaktifkan bilik gerakan di seluruh cawangannya untuk menerima sebarang aduan dan pertanyaan khususnya berkaitan dengan bekalan dan harga barangan.

Bilik gerakan pejabat KPDNHEP Sabah di Kota Kinabalu beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam manakala bilik gerakan di pejabat cawangan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Beliau berkata KPDNHEP Sabah turut melantik 170 peruncit daerah terpilih dan 89 pemborong daerah terpilih di seluruh Sabah bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di negeri ini.

“Kedudukan bekalan barang keperluan asas berdasarkan peruncit dan pemborong yang dilantik di setiap daerah di Sabah ini akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas di daerah-daerah berkenaan,” katanya.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *