TERKINI: 1,168 Kes Positif Baharu Dan 1,029 Kes Sembuh Hari Ini, Paling Tinggi Pernah Direkodkan

PUTRAJAYA: Sebanyak 1168 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes setakat Sabtu  (7 November 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 11,666 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 1168 kes positif, tiada kes import dilaporkan di mana kesemuanya merupakan penularan tempatan dalam negara.

Pesakit yang sembuh pertama kali merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1029 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 27,409 atau 69.6 peratus dari keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 87 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat tiga (3) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 282 orang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *