KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pada mulanya amat berat hati meluluskan pengeluaran Akaun Satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bagaimanapun, katanya, kelonggaran diberikan kepada golongan sasar, memandangkan situasi semasa segelintir rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 amat teruk.
“Bukan soal tak nak bagi, tapi macam mana nak lihat jaminan masa depan pencarum, apabila sudah keluarkan akaun dua, sekarang akaun satu.
“Jadi, apa jaminan lepas bersara, tetapi kita lihat situasi amat gamat kerana ada yang memang terkesan dalam keadaan sekarang sehingga mungkin tiada duit.
“Tetapi, sebahagian besar pencarum simpanan tidak banyak, sekitar RM5,000 hingga RM10,000, jadi harus diperhalusi corak pengeluaran ini.
“Jadinya, kita buat keputusan secara bersasar,” katanya menerusi siaran eksklusif bersama Perdana Menteri, malam tadi. – BH Online
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost