Dua Resort Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Kluster Baharu

Sutera Harbour, Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pengumuman dua kluster baharu, iaitu kluster Sutera dan kluster Ria-30 tidak berkaitan dengan mana-mana resort di Sabah.

Kumpulan Sutera Harbour (SHG) menerusi satu kenyataan ringkas menjelaskan kluster Sutera yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tidak berkaitan dengan resort berkenaan.

Pengurusan SHG menyatakan kluster itu seperti diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah berkaitan dengan tapak pembinaan di Jalan Utama Sutera Harbour.

SHG sentiasa komited dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM. Pengurusan SHG sentiasa komited dalam melaksana SOP yang ditetapkan demi keselamatan kakitangan dan pelanggan.

Turut tampil memberi penjelasan adalah Pengurusan Shangri-La Rasa Ria Resorts & Spa, Tuaran mengenai kluster Ria-30.

Menurut Pengurusan Rasa Ria, kluster berkenaan berkaitan dengan kes yang dilaporkan di Taman Telipok Ria, Tuaran yang terletak 15km dari resort tersebut.

Untuk kluster Sutera, 15 kes positif dikesan sementara bagi kluster Ria-30 mencatatkan dua kes positif. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *