Belanjawan 2021: Apa Yang Anda Dapat?

gambar Hiasan

PETALING JAYA: Belanjawan 2021 yang bertemakan “teguh kita, menang bersama” merupakan belanjawan pertama pentadbiran Perikatan Nasional, dan menyediakan beberapa manfaat langsung untuk rakyat.

Bantuan Prihatin Rakyat

  • Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 diberi antara RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada bilangan anak.
  • Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 terima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada bilangan anak.
  • Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM50,000 terima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada bilangan anak.
  • Orang bujang berusia 21 tahun ke bawah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350.

Wang caruman KWSP

  • Pencarum KWSP dibenar keluarkan caruman Akaun 1 RM500 sebulan untuk 12 bulan mulai Januari 2021.
  • Caruman Pekerja KWSP dikurangkan dari 11% kepada 9%.

Kakitangan awam

  • Bantuan khas kewangan RM600 untuk kakitangan Gred 56 dan ke bawah, mulai awal 2021.
  • Pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen diberi RM300, mulai awal 2021.

Manfaat lain

  • 1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun.
  • RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan.
  • RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius.
  • Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan.
  • Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.
  • Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.
  • Kredit e-dompet sekali beri bernilai RM150 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun.
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar dan OKU.
  • Elaun sara hidup nelayan naik daripada RM250 kepada RM300 sebulan mulai Januari.
  • RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka Felda.
  • RM50 juta untuk program latihan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan.
  • Geran khas Prihatin Tambahan RM1,000 pada peniaga, penjaja, pemandu teksi, e-panggilan, kereta sewa, dan pemandu pelancong di Sabah. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *