3, 721 Kes Wabak Denggi Dikesan Di Seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan 3, 721 kes wabak denggi dikesan dengan 15 rekod kematian di seluruh negeri sehingga Rabu.

Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi berkata terdapat enam kes baharu masing-masing satu di Sandakan, Lahad Datu, Penampang dan Putatan, manakala dua kes lagi di Ranau.

Kes tertinggi direkodkan di Kota Kinabalu (945), diikuti Tawau (576), Sandakan (510), Semporna (478), Lahad Datu (368), Penampang (118), Tenom (86) dan Putatan (72).

Manakala Tuaran mencatatkan 60 kes, Keningau (59), Ranau (51), Kota Marudu (46), Papar (41), Nabawan (40), Kudat (38), Kinabatangan (36) dan Kota Belud (33).

Perkembangan di Kunak dan Pitas pula masing-masing merekodkan 30 kes, Sipitang (26), Beluran (25), Beaufort (20), Tongod (14), Kuala Penyu (11), serta Tambunan (lapan).

Pada masa sama, status wabak terkini enam lokaliti penempatan penduduk di negeri ini yang melibatkan 15 kes keseluruhannya pula dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Iaitu, Kg Tebobon (dua kes), Taman Wendy (dua) dan Gudon (dua) di Kota Kinabalu, serta Kg Kuala Gum-Gum Sandakan (tiga), Hampalan Darat Semporna (dua) dan Tg Batu Laut Ladalam Tawau (empat).

 Paparan data situasi terkini melibatkan wabak kolera di seluruh negeri yang direkodkan sehingga Rabu.

Situasi semasa wabak kolera di negeri ini pula menyaksikan 99 kes simptomatik (ST) dan 45 asimptomatik (AT) yang direkodkan dengan sembilan sampel persekitaran positif.

Statistik menunjukkan Semporna dikenalpasti daerah tertinggi dengan 48 kes ST dan l35 kes AT, diikuti Kota Kinabalu (17 ST dan tiga kes AT), serta Kunak (11 ST dan lima AT).

Daerah lain yang turut mempunyai kes namun dengan angka lebih rendah adalah Tawau, Beaufort, Putatan, Tuaran, Penampang, Kinabatangan, Lahad Datu, Papar dan Sipitang. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *