Covid-19: Kluster Dialisis Lahad Datu Babitkan Empat Jururawat

KOTA KINABALU: Kluster Dialisis, Lahad Datu yang merekodkan 19 kes positif setakat ini turut melibatkan empat jururawat.

Kluster ini antara tiga kluster baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini termasuk kluster Sepanggar dengan tujuh kes dan kluster Penjara Sandakan dengan 39 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, 14 kes dalam kluster Dialisis itu membabitkan pesakit yang datang bagi menjalani khidmat hemodialisis. Manakala satu kes membabitkan anak kepada seorang jururawat.

Untuk hari ini, hanya 10 daerah di Sabah mencatatkan kes positif baharu Covid-19 dengan sebanyak 646 kes positif.

Beliau berkata demikian semasa sidang media secara atas talian mengenai perkembangan semasa Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.

Menurutnya, daripada 646 kes baharu, Sandakan dan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi masing-masing 226 kes dan 212 kes.

Kes sebanyak tiga angka di kedua-dua daerah ini disumbangkan oleh pengesanan dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit yang positif Covid-19.

Manakala, Tawau melaporkan 71 kes, Penamang (49), Putatan (22), Lahad Datu (21), Tuaran (20), Keningau (12), Semporna (9) dan Kudat (4).

Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan di Sabah masing-masing tiga kes di Sandakan, dua kes di Tawau, satu kes di Kota Kinabalu dan Tuaran.

Pertambahan kes kematian baharu ini menjadikan keseluruhan kes kematian di Sabah adalah sebanyak 138 kes.

Sementara, 472 kes pulih dilaporkan di Sabah hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 16,841 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 3,012 kes aktif yang sedang menerima rawatan dimana, 671 orang dirawat di hospital dan 2,341 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Terdapat 73 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 15 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, hari ini terdapat penambahan 66 katil iaitu 26 di Hospital Queen Elizabeth dan 40 di PKRC baharu di Dewan Masyarakat Papar.

Dengan itu, kapasiti katil di hospital dan PKRC seluruh Sabah ketika ini adalah sebanyak 8,307 katil, iaitu 909 di hospital dan 7,398 katil di PKRC. Kadar penggunaan katil adalah 36.26 peratus. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *