300 Keluarga Terima Bantuan Makanan Di Pulau Omadal

SEMPORNA: Usaha menjejaki individu terkesan akibat penularan jangkitan Covid-19 diteruskan oleh agensi-agensi kerajaan di Sabah.

Hari ini, 300 keluarga di Pulau Omadal menerima bantuan bakul makanan yang diagihkan dari rumah ke rumah. Agihan ini diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Semporna serta dibantu oleh agensi-agensi lain.

Rata-rata penduduk di kepulauan itu melahirkan penghargaan atas bantuan yang diterima terutama dalam keadaan negeri Sabah sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

tersebut.

Agihan bantuan itu turut melibatkan agensi seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Malaysia, Pasukan Polis Marin, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Pejabat Kesihatan Daerah Semporna dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Turut hadir Pegawai Penyelaras OCPT Esscom, Lt. Kol Sulaiman Sawad; wakil PKD Semporna Dr Mohd Syahfadzreen Yunus, Pegawai JKM Semporna Nurul Fadilah Abd Hamid, Pegawai APM Semporna Mohd Hasran Jaafar dan Pegawai RELA Semporna Azuddin Dasli.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *