Covid-19: 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sabah

PUTRAJAYA: Kes kematian akibat pandemik COVID-19 hari ini meningkat kepada 12 kes, sekali gus menjadikan ia jumlah tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan virus itu di negara ini.

Sebelum ini, jumlah tertinggi kes kematian COVID-19 yang pernah dilaporkan ialah pada 23 Oktober lalu iaitu 10 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes kematian berkenaan dilaporkan di beberapa daerah di Sabah dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 263 kes bersamaan 0.8 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan virus berkenaan.

Katanya, lapan kes dilaporkan di Hospital Queen Of Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah manakala dua kes kematian dilaporkan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan dan masing-masing satu kes di Hospital Kudat dan Hopital Tawau.

“Seorang daripada kes kematian yang dilaporkan hari ini, iaitu kes ke-255 adalah remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth dan mempunyai sejarah penyakit tibi meningitis dan hidrosefalus (pengumpulan cecair otak (Cerebro Spinal Fluid) yang berlebihan),” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.-

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *