Sabah Perketat Keluar Masuk Institusi Kebajikan

Datuk Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperketatkan urusan keluar masuk ke institusi kebajikan bagi mengelak penularan Covid-19 kepada golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sudah memperincikan beberapa langkah untuk tujuan terbabit.

Katanya, antaranya tidak membenarkan kemasukan baharu untuk kes permohonan dan lawatan ataupun kunjungan sosial ke institusi berkaitan.

“Selain itu, lawatan sosial ke institusi adalah tidak dibenarkan dan kakitangan bertugas di institusi kebajikan wajib melalui sanitasi harian di samping prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan sebelum dan selepas bertugas.

“Penghuni institusi juga tidak dibenarkan keluar,” katanya dalam satu sidang media khas perkembangan Covid-19 di Sabah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Masidi turut berkata langkah terbabit juga dikenakan ke atas institusi swasta yang bernaung di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *