COVID-19: 2 Lagi Kematian Di Sabah Hari Ini

PUTRAJAYA: Dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini masing-masing di daerah Kota Kinabalu dan Sandakan di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian disebabkan COVID-19 sebanyak 251 kes atau 0.8 peratus daripada keseluruhan kes.

“Kematian ke-250 membabitkan kes ke-16,576 iaitu lelaki berusia 88 tahun dan mempunyai penyakit Osteoartritis. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

“Untuk kematian ke-251 pula ia membabitkan kes ke-14,013 iaitu wanita berusia 75 tahun.

“Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen of Elizabeth,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *