Kes Covid-19 Melonjak Kepada 957, Sabah 644 Kes

PETALING JAYA: Sebanyak 957 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 659 semalam, sementara 972 disahkan pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes yang dilaporkan hari ini adalah penularan dalam negara.

“Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 644 kes diikuti Selangor 225 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, 97 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 249 kes.

Memperincikan penularan tempatan hari ini, Noor Hisham berkata, negeri yang turut merekodkan kes positif adalah Pulau Pinang dengan 23 kes, Labuan (18 kes), Terengganu (15 kes), Sarawak (11 kes), Negeri Sembilan (8 kes), Perak (5 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Kedah, Melaka, Johor dan Putrajaya masing-masing 1 kes.

972 kes pulih dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya sebanyak 22,220 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *