Wanita Cedera Selamatkan Diri Rumah Terbakar

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di di kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha, Labuan. Foto Ihsan Bomba

LABUAN:  Seorang wanita cedera manakala suami dan anak selamat selepas kediaman mereka di Kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, wanita berusia 30-an cedera di kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di di kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha, Labuan. Foto Ihsan Bomba

Manakala suaminya yang berusia 38 tahun dan anak lelakinya berusia lapan tahun selamat tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 pagi sebelum mengerahkan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bersama 10 anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati hanya membabitkan sebuah rumah berkeluasan 83 meter persegi berstruktur kayu terbakar.

“Operasi memadam kebakaran segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Api berjaya dikawal pada jam 6.38 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya lapan minit kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Labuan untuk mendapatkan tindakan selanjutnya selepas menerima rawatan awal daripada pasukan ERMS.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian dalam insiden berkenaan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di di kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha, Labuan. Foto Ihsan Bomba
Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di di kampung Batu Arang, Jalan Rancha-Rancha, Labuan. Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *