SPRM Sandakan Tahan Dua Anggota Polis

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan dua anggota polis kerana disyaki meminta rasuah sejumlah RM5,000 sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas dua individu kerana memiliki barangan terlarang.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan pada jam 9.50 malam semalam dalam satu operasi di sekitar Sandakan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada dua individu supaya mereka tidak dikenakan tindakan atas kesalahan bersubahat memiliki barangan terlarang.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. –HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *