Covid-19: Kluster Baharu Sabah Dikesan Dari Majlis Nikah

KOTA KINABALU: Setelah mencatatkan bilangan kes dua angka semalam, kes positif baharu Covid-19 di daerah ini meningkat kepada 159 kes.

Ia merupakan jumlah kes baharu tertinggi dicatatkan di Sabah hari ini. Kes yang tinggi ini banyak disumbangkan oleh kluster Penjara Kepayan dengan 1,652 kes sehingga kini.  Ia meliputi 1,212 orang wargenegara dan 440 bukan warganegara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam sidang media hari ini menyatakan, untuk hari ini, Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes positif baharu, dengan tujuh kes kematian terbaru.

Beliau berkata, tujuh kes kematian terbaru yang dilaporkan adalah dua kes di Kota Kinabalu, dua kes di Sandakan dan satu kes di Lahad Datu, Putatan dan Semporna.

Katanya, tambahan itu menjadikan bilangan keseluruhan kes kematian sehingga kini adalah sebanyak 114 kes.

Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu kluster Sri Gaya dengan 11 kes. Ia berpunca daripada acara nikah.

Hari ini, 19 daerah mencatatkan kes positif baharu, dengan 116 kes dilaporkan di Sandakan dan 101 kes di Tawau.

Manakala, daerah lain seperti Lahad Datu mencatatkan 44 kes baharu, Tuaran (28), Putatan (25), Papar (15), Keningau (11), Penampang (9), Beaufort (8) dan Kota belud (7).

Sementara, enam kes dicatatkan di Semporna dan Ranau, Kudat (4), Kinabatangan (2) dan Tambunan (2) serta satu kes masing-masing di Kunak, Tenom dan Nabawan.

Tujuh daerah lagi tidak mencatatkan sebarang kes termasuk Tongod yang sehingga kekal zon hijau. Daerah lain adalah Kota Marudu, Telupid, Sipitang, Pitas, Kuala Penyu dan Beluran.

Sehingga kini, sebanyak 13,701 Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengan 3,796 kes aktif yang sedang menerima rawatan. Manakala, seramai  yang telah pulih adalah sebanyak 7,225 kes. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *