PUTRAJAYA: Sebanyak 835 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 setakat Selasa (27 Oktober 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 9,903 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Daripada 835 kes positif, terdapat lima (5) kes import di yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.
Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 674 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 18,499.
Sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala, terdapat dua (2) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 238 orang.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 27, 2020
27 Okt 2020
Kes sembuh=674
Jumlah kes sembuh=18,499 kes
Kes baharu positif=835
(kes import=5, kes tempatan=830)
Jumlah positif=28,640 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=238 kes
Kes dirawat di ICU=89 kes
Bantuan Alat Pernafasan=32 kes pic.twitter.com/uQYOCtxRBu
Sumber: Sidang Media KKM