Kentut Wanita Sebenarnya Lebih Busuk Daripada Lelaki

Kentut adalah satu perbuatan yang dianggap tidak sopan dalam banyak budaya. Pada masa sama, apa sahaja tentang kentut mesti kelakar. Sejenis tabiat manusia yang dianggap kotor.

Lelaki atau wanita, kentut di hadapan khalayak memang biadap. Bukan tak boleh kentut, sudah azalinya manusia perlu melepaskannya, tapi janganlah sampai orang dengar. Dan kalau boleh, pergi jauh sedikit dari khalayak, khususnya para wanita.

Maaf para wanita yang saya sanjungi sekalian, saya bukan seksis tapi ini fakta sains. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh seorang doktor pakar perut yang juga digelar Doktor Kentut, Dr. Michael D. Levitt, kentut wanita lebih busuk daripada lelaki, sebabkan aktiviti dalaman sistem pencernaan mereka yang menghasilkan kandungan hidrogen sulfida atau belerang yang lebih pekat berbanding lelaki.

Bagaimanapun jangan bersedih wahai si cantik manis, kerana ada hari yang kentut lelaki baunya lebih unggul dari kamu, kerana ia juga ada kaitan dengan pemakanan.

Menarik sebenarnya jika kita dalami kenapa manusia dijadikan tuhan untuk kentut, yang sebenarnya ada kebaikannya. Ini antara fakta menarik tentang perihal pelepasan gas berbau belerang ini.

1. Hanya 1% peratus sahaja kentut yang berbau
Ya. 99% daripada kentut kita adalah mengandungi gas tidak berbau karbon dioksida, hidrogen, nitrogen, oksigen dan methana.

Yang berbau itu adalah hidrogen sulfida, bahan kimia yang sama dalam belerang.
Maksudnya jika kentut anda itu busuk, ia adalah kejadian rare!

2. Sesetengah makan membuatkan kentut jadi busuk
Khususnya makanan yang tinggi kandungan sulfurnya macam telur. Telur kalau dicernakan, ia menghasilkan hidrogen sulfida yang tinggi. 
Itu pasal padu.

3. Secara lazimnya manusia kentut 14 ke 22 kali sehari
Normal. Manusia memang dari bayi sampailah ke tua pasti kentut. Kalau ada jumpa orang yang cakap di tak pernah kentut tu, dia berbohong.
Atau dia memang pelik atau ada sesuatu yang tak kena dengan dia.



4. Kentut memang bahan lawak sejak purbakala

Lawak tertua di dunia sebenarnya adalah tentang kentut. Ia berdasarkan catatan daripada Sumeria (BACA: Sejarah ringkas Sumeria, empayar pertama di dunia) sekitar 1900 tahun Sebelum Masihi dahulu kala.
Lawaknya berbunyi – “Sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sepanjang sejarah masa, adalah gadis muda tidak kentut di atas riba suaminya.” 
Lawak Sumeria.

5. Kentut boleh meletup
Dua bahan kimia dalam kentut, iaitu methana dan hidrogen, adalah mudah terbakar. Maknanya, yang kita tengok dalam filem orang kentut ke api menyebabkan ia marak itu, benar.
Tolong jangan cuba. Saya pernah buat. Pedih.

6. Pelepasan gas kentut agak laju
Dicatat bahawa kentut dilepaskan pada kelajuan 3.05 meter sesaat, kira-kira 7 batu sejam. Terangkat juga lah.

7. Pemakan sayur kentut lebih kerap daripada bukan pemakan sayur
Lebih-lebih lagi kalau ada yang dietnya melebihkan kacang. Kacang mengandungi molekul yang dibina daripada karbohidrat yang terlalu besar untuk diserap ke dalam usus kecil semasa penghadaman, jadi mereka terus ke usus besar.

Di sini yang menyebabkan lebih banyak bakteria terhasil untuk mencernakan kacang itu, yang menghasilkan gas hidrogen, nitrogen dan karbon dioksida.

Tapi walaupun pemakan sayur kuat kentut, orang yang makan banyak daging kentutnya lebih busuk kerana pencernaan daging menghasilkan lebih banyak sulfur.

8. Tahan kentut tidak memudaratkan kesihatan
Ada orang kata kalau tahan kentut boleh naik ke kepala menyebabkan pening. Dusta belaka, paling-paling pun naik ke atas jadi sendawa.

Jadi buat apa ditahan-tahan. Cuma ingat adab sopan dalam kita menjalankan kewajipan sebagai seorang manusia normal.
Rancak TV peduli.

*Sumber: Seventeen, Science Focus

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *