Institusi Pendidikan Di Sabah Ditutup Hingga 9 November

KUALA LUMPUR: Kesemua institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sabah akan terus ditutup sehingga 9 November ini.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, berhubung perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah dari 27 Oktober hingga 9 November.

Menurut kenyataan itu, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, manakala manual pengajaran dan pembelajaran boleh dimuat turun di portal rasmi KPM, www.moe.gov.my. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *