COVID-19: Empat Lagi Kluster Baharu Dikesan Di Sabah

KUALA LUMPUR : Sembilan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikannya jumlah tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada kluster itu direkodkan di Sabah manakala lima lagi kluster dikesan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Sarawak.

Kluster di Sabah dikenali sebagai Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul.

Sementara Kluster Mentari pula dikesan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Empat lagi kluster adalah Kluster Jernih di Negeri Sembilan, Kluster Bayan di Pulau Pinang dan Kluster Seladah di Sarawak.

Dalam pada itu Kluster Makekar pula dikesan di Johor, Terangganu dan Selangor.

Perincian mengenai empat kluster baharu di Sabah adalah seperti berikut

:1) Kluster Titir

  • Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-20,232 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).

2) Kluster Omadal

  • Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-21,073 yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna.

Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 (sembilan kes baharu) sementara 167 individu negatif.

3) Kluster Bandaran

  • Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster adalah kes ke-18,471 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu) sementara 29 kes dikesan negatif.

4) Kluster Jambul

  • Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-14,932) yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu), 20 individu negatif manakala diua individu lagimasih menunggu keputusan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *