12,720 Sampel Covid-19 Di Sabah Belum Diproses

gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sabah masih berdepan dengan jumlah sampel ujian Covid-19 tertangguh yang tinggi, iaitu 12,720 sampel.

Sehingga kini, itulah bilangan sampel yang masih menunggu hasil ujian. Jumlah itu bercampur dengan bilangan sampel lama yang tertangguh sebelum ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah yang banyak ini mencerminkan usaha Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang menjalankan saringan Covid-19 secara meluas.

Mengenai kes tidak bergejala pula, setakat ini 27.6 peratus kes Covid-19 yang dilaporkan di Sabah tidak menunjukkan sebarang gejala.

Beliau berkata sidang media talian mengenai perkembangan Covid-19 negeri Sabah, di sini hari ini.

Berhubung kes pemegang permit yang dibenarkan rentas daerah, Masidi berkata, semua yang memperoleh permit bagi merentas sempadan ini perlu benar-benar dibuktikan sihat dan tidak bergejala Covid-19.

Mereka yang dibenarkan merentas daerah juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa sekarang.

Sementara mengenai pesakit Covid-19 yang menjalani rawatan di rumah, Masidi berkata, kes-kes begini bergantung kepada keadaan seperti pesakit tinggal bersendirian mahupun semua penghuni dalam rumah tersebut disahkan dijangkiti Covid-19.

Rawatan yang diberikan mengikut bentuk rawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, proses rawatan di rumah ini bergantung kepada tanggungjawab. Jika semua yang terlibat mengambil taunggungjawab serius, lebih berdisplin maka, jangkitan terhadap orang lain dapat dikurangkan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *