MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Saudel

MetMalaysia mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. – Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam.

Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

Berdasarkan pencerapan 11 malam ini, MetMalaysia menyatakan jarak taufan itu kira-kira 1,164 km ke barat laut Kudat, Sabah. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *