145 Banduan Penjara Kepayan Positif Covid-19

KOTA KINABALU: Sebanyak 233 kes positif baharu dilaporkan di daerah ini, dengan 145 kes melibatkan banduan di Penjara Kepayan.

Kes melibatkan banduan ini antara 156 kes positif baharu bagi kluster Penjara Kepayan pada hari ini. Manakala, sembilan kes melibatkan kakitangan Jabatan Penjara, satu kes bekas banduan di Sipitang dan satu kontak rapat.

Sehingga kini, kluster Penjara Kepayan mencatatkan 582 kes positif dengan 1,208 orang telah menjalani saringan.

Secara keseluruhan sebanyak 578 kes positif baharu dilaporkan di 18 buah daerah di seluruh Sabah.

Selain Kota Kinabalu, daerah yang mencatatkan kes yang tinggi adalah Sandakan (81),Tawau (65), Tuaran (43), Semporna (35) dan Penampang (32).

Daerah lain yang mencatatkan kes baharu adalah Papar (24), Putatan (17), Lahad Datu (15), Kinabatangan (10), Kudat (8), Kunak (4), Kota Marudu (4), Ranau (3) dan masing-masing satu kes di Kota Belud, Pitas, Beaufort.

Sebanyak dua kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini, iaitu kluster Sauh yang melibatkan pekerja Pelantar LNG Terapung Petronas dengan 31 kes dan mereka ini tidak mendedahkan jangkitan kepada orang ramai kerana penghantaran mereka ke hospital dilakukan dengan baik.

Satu kluster lagi adalah kluster Tinusa, Sandakan yang mencatatkan 33 kes positif baharu.

Sebanyak, empat lagi kematian dilaporkan di Sabah hari ini, dengan dua kematian di Sandakan dan masing-masing satu kematian di Tuaran dan Kota Kinabalu. Bilangan kumulatif kes kematian di Sabah meningkat kepada 76 kes.

Sehingga kini, sebanyak 9,868 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah, dengam 5,624 kes aktif yang sedang menerima rawatan. Manakala, bilangan keseluruhan kes yang telah pulih adalah sebanyak 4,168 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *