Covid-19: Kerajaan Sabah Giat Agih Bantuan Makanan

Shahelmey ketika melawat lokasi bantuan pusat agihan makanan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu hari ini. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus mempergiat usaha mengagihkan bekalan makanan kepada golongan sasar yang memerlukan dan terkesan akibat penularan Covid-19 supaya mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya berkata, golongan sasar itu membabitkan penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Agihan bakul makanan juga akan dibuat di semua daerah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun keutamaan kepada keluarga daripada golongan sasar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Agihan Bakul Makanan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 57,329 bakul makanan diagihkan kepada golongan sasar di seluruh negeri ini.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *