Tak Perlu Lagi PKPD Di Seluruh Sabah

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Sabah, setakat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini, PKPD hanya dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri itu, manakala Sabah secara keseluruhannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan memantau setiap hari perkembangan kes COVID-19 di negeri itu.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk melaksanakan PKPD (di seluruh Sabah) tapi pada masa akan datang kita tidak tahu lagi,” katanya pada sidang media mengenai PKP di sini, hari ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *