COVID-19: Tiga Lagi Kematian Di Sabah Hari Ini

PUTRAJAYA: Tiga lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negeri Sabah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua kes kematian berlaku di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 190 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, kematian itu membabitkan dua pesakit lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 52 hingga 85 tahun.

“Kes kematian ke-188 membabitkan kes ke 21,139 iaitu lelaki warganegara berusia 85 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-189 pula membabitkan kes ke 21,140 iaitu lelaki warga asing berusia 52 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis serta dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kematian ke-190 membabitkan wanita berusia 70 tahun dan beliau ialah kes ke 21,141 dan disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *