Parti Pejuang Calonkan Mahathir Jadi PM Ganti Muhyiddin

Dr Mahathir Mohamad berkata, kelebihan 2 kerusi yang diraih kerajaan PN ialah majoriti paling kecil yang pernah diperolehi mana-mana kerajaan di Malaysia.

CYBERJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mencalonkan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Malaysiakini, parti Pejuang dalam kenyataannya berkata pencalonan Dr Mahathir sebagai PM kali ketiga itu adalah untuk menyelamatkan negara.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu PRU15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar Yahya, Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.

Menurutnya lagi, keputusan pencalonan tersebut turut mendapat persetujuan anak Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz yang juga adalah Presiden parti Pejuang.

Terdahulu, lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Dr Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. – SuaraTV

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *