Sabah Benarkan Kedai Makan, Stesen Minyak Dibuka Hingga 8 Malam

Stesen minyak antara premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam sepanjang PKPB.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melanjutkan waktu operasi beberapa perniagaan selama 2 jam sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, kedai makan, farmasi, kedai serbaneka dan stesen minyak kini boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam mulai hari ini berbanding 6 pagi hingga 6 petang ketika ini.

Beliau yang juga jurucakap Jawatankuasa Covid-19 negeri itu berkata, lanjutan masa itu bagaimanapun tidak termasuk kedai runcit, pasar mini, pasar raya besar dan pasar raya.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pengusaha dalam sektor perniagaan, perindustrian dan ekonomi di seluruh negeri itu beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang setiap hari bermula Rabu lalu, dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula Selasa lalu hingga 26 Okt ini.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 35,672 bakul makanan sudah diagihkan kepada golongan sasar setakat ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *