4 Ahli Parlimen Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi sidang Parlimen akan datang.

Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen lagi ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Kesemua mereka menghantar surat bertarikh semalam iaitu 15 Oktober 2020 Datuk Azhar Azizan Harun.

“Bagi meminta izin majlis untuk membawa satu usul dan megemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3) Dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat,” kata mereka di dalam surat berkenaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *