Covid-19: Kota Kinabalu Catat Kes Tertinggi Dengan 58 Kes Baharu

KOTA KINABALU: Buat pertama kali, daerah ini mencatatkan kes positif baharu tertinggi, sejak gelombang baharu Covid-19 melanda Sabah pada hujung September lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah dalam laman Facebook memaklumkan, daripada 304 kes positif baharu yang dilaporkan hari ini, 58 kes dilaporkan di Kota Kinabalu diikuti dengan Semporna (33) dan Tawau (31).

Untuk hari ini, 19 daerah di Sabah mencatatkan kes positif baharu dengan satu kluster baharu iaitu kluster Olive dilaporkan di Penampang dan Kota Marudu.

Turut mencatatkan kes baharu adalah daerah Lahad Datu (29); Sandakan (21); Penampang (19); Kudat (18); Kota Belud (16); Papar (16); Tuaran (15); Kunak (13); Putatan (11); Beaufort (6); Kota Marudu (6); Tambunan (5); Sipitang (3); Keningau (2) dan masing-masing satu kes di Nabawan dan Kuala Penyu.

Tiga kematian dilaporkan hari ini, masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Sehingga kini, 23 daripada 26 daerah di Sabah mencatatkan kes aktif, hanya tiga daerah sahaja berada dalam zon hijau, iaitu tidak mencatatkan sebarang kes aktif. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *