TERKINI: COVID-19: 660 Kes Baharu Dikesan Hari Ini Termasuk 654 Kes Tempatan

PUTRAJAYA, 14 Okt: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import.

Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan 608 daripadanya adalah warganegara dan 46 lagi bukan warganegara. Manakala 6 kes merupakan kes import.

Sementara itu, terdapat 233 kes pulih dilaporkan hari ini dan empat kes kematian dicatatkan.

Maklumat lanjut menyusul…

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *